Kelayakan
Kejohanan ini hanya terbuka kepada pegawai dan kakitangan Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan Badan Berkanun.
Kategori
Kejohanan dijalankan secara perseorangan dan dibahagikan kepada dua kategori iaitu Perseorangan Lelaki dan Perseorangan Wanita.
Format Kejohanan
Peserta acara Perseorangan lelaki / wanita akan bermain sebanyak 8 games dan kedudukan pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin (Total Pin Fall).
Bagi acara Masters 24 pemain lelaki yang berada di kedudukan 24 ke atas dan 16 pemain wanita yang berada di kedudukan 16 ke atas selepas keputusan akhir acara Perseorangan adalah layak untuk menyertai acara Masters. Pemain akan bermain sebanyak 10 games. Kedudukan pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin (Total Pin Fall).
Bagi acara Pemilihan 9 pemain lelaki dan 9 pemain wanita yang berada di kedudukan 9 ke atas dalam acara Masters adalah layak untuk menyertai acara Pemilihan. Pemain akan bermain sebanyak 20 games yang akan dijalankan dalam 2 blok. Kedudukan pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin (Total Pin Fall). Enam (6) pemain lelaki dan enam (6) pemain wanita di kedudukan 6 ke atas selepas keputusan akhir acara Pemilihan akan mewakili MAKSAK Sabah ke Kejohanan MAKSAK Malaysia di Kuala Lumpur pada 8-10 Mei 2009.
Sekiranya berlaku lebih dari seorang pemain mendapat persamaan jumlah jatuhan pin dalam mana-mana acara bagi kedudukan berikut:
| * | pemenang tempat Ke 24 kategori lelaki dan Ke 16 kategori wanita dalam acara Perseorangan |
| * | pemenang tempat Ke 9 dalam acara Masters |
| * | pemenang tempat Ke 6 dalam acara Pemilihan |
Maka kaedah menentukan yang layak ialah dengan perbandingan jumlah jatuhan pin bagi setiap game iaitu:
| * | bagi acara Perseorangan perbandingan Game 8 jika masih sama maka Game 7 di ambil kira dan seterusnya sehinga pemenang dapat ditentukan jika masih gagal maka satu permainan akan dijalankan bagi pemain-pemain yang terlibat. |
| * | bagi acara Masters perbandingan Game 10 jika masih sama maka Game 9 di ambil kira dan seterusnya sehinga pemenang dapat ditentukan jika masih gagal maka satu permainan akan dijalankan untuk pemain-pemain yang terlibat. |
| * | bagi acara Pemilihan perbandingan Game 20 jika masih sama maka Game 19 di ambil kira dan seterusnya sehinga pemenang dapat ditentukan jika masih gagal maka satu permainan akan dijalankan untuk pemain-pemain yang terlibat. |
Keputusan Pemenang
Pengiraan jatuhan pin setiap game adalah berdasarkan cetakan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pusat boling. Pemain adalah bertanggunjawab untuk memastikan dan mengesahkan jumlah jatuhan pin setiap game adalah betul. Keputusan pihak pengajur adalah muktamad.
Handicap
Handicap TIDAK diberi dalam Kejohanan ini.
Yuran
Pemain hendaklah menjelaskan bayaran yuran penyertaan sebelum acara dimulakan:
Acara Perseorangan - RM80.00
Acara Masters - RM80.00
Acara Pemilihan - RM80.00
Tarikh Tutup
Borang serta yuran hendaklah dihantar / diserah kepada penganjur selewat-lewatnya pada 3 April 2009 (Jumaat) jam 7.00 malam